Syafinaz Selamat Dilantik Semula Profesor Adjung Tersohor UPSI

KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melantik semula Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Datuk Syafinaz Selamat sebagai Profesor Adjung Tersohor di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan bagi penggal kedua.

Pelantikan berkuat kuasa selama dua tahun bermula 1 Ogos 2026 hingga 31 Julai 2028 itu merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan berterusan beliau dalam bidang muzik, pendidikan vokal dan seni persembahan di negara ini.

ASWARA menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial malam tadi menzahirkan ucapan tahniah kepada Syafinaz atas pelantikan tersebut.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Syafinaz Selamat, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah ASWARA, atas pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung Tersohor di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),” menurut kenyataan itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut ASWARA, pelantikan tersebut mencerminkan pengiktirafan terhadap pengalaman luas serta sumbangan Syafinaz dalam memperkasa bidang muzik dan seni persembahan, di samping mengukuhkan hubungan antara industri kreatif dan institusi pengajian tinggi.

Melalui pelantikan itu, penyanyi dan guru vokal berkenaan akan terus berkongsi kepakaran, pengalaman profesional serta pandangan industri dengan warga akademik dan pelajar UPSI dalam usaha memperkasa kecemerlangan pendidikan seni.

Sebelum ini, Syafinaz dilantik sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah ASWARA bagi tempoh dua tahun bermula 1 April 2026 hingga 31 Mac 2028.

Beliau turut pernah menyandang jawatan Profesor Adjung di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI bagi tempoh 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026 sebelum diberi pengiktirafan sebagai Profesor Adjung Tersohor untuk penggal baharu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *