BERITA UTAMA

KK Mart, bekas pembekal didakwa esok

SHAH ALAM – KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan bekas pembekalnya, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, berhubung penjualan stoking bertulisan kalimah ALLAH, baru-baru ini.

Ia selepas Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mendapat kebenaran untuk memulakan pendakwaan bagi kes yang tular berikut.

Difahamkan pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 109 dan 298 Kanun Keseksaan.

Baru-baru ini, tular di media sosial berhubung kewujudan stoking memaparkan kalimah Allah yang dijual di kedai rangkaian serbaneka KK Super Mart.

Pengendali KK Super Mart kemudian memohon maaf susulan video tular penjualan stoking berjenama Miranosock di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Bagaimanapun, penjualan stoking itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang meluahkan rasa murka atas insiden berkenaan. – Sinar Harian

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!I

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *