KUALA LUMPUR – Syarikat tersenarai China DeepGlint Technology Co. Ltd., (DeepGlint) menganjurkan seminar dengan kerjasama Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology at Setapak (TAR UMT) untuk memperkenalkan kemajuan teknologi AI DeepGlint kepada 120 penuntut Sains Komputer.
Syarikat senaraian yang pertama disenaraikan di Bursa Saham Shanghai merupakan peneraju dalam AI, penglihatan komputer dan analisis data besar telah mempamerkan penyelesaian inovatif kumpulan yang merentas pelbagai domain, termasuk ‘metaverse’, sukan pintar dan pengurusan trafik.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DeepGlint, Zhao Yang berkata, pihaknya gembira melihat begitu ramai bakat di Malaysia dan DeepGlint komited untuk memperkasakan minda muda dan merapatkan jurang antara akademik dan industri.
“Rakan kongsi kami, DeepCore adalah bukti kepercayaan kami terhadap potensi Malaysia sebagai pemain utama dalam revolusi AI merentasi pasaran ASEAN dan Timur Tengah.
“Program pertukaran bakat akan membolehkan kami mencari bakat dan pada masa yang sama, menyumbang kepada pembangunan AI di Malaysia dan ASEAN,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, melalui seminar ini, penuntut telah dapat menambahkan pengetahuan mengenai teknologi termaju serta projek oleh kumpulan tersebut yang telah memberikan impak ketara.
Seminar ini juga merupakan satu langkah penting ke arah mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam landskap AI global, sejajar dengan visi Malaysia untuk pertukaran bakat yang lebih besar dengan negara China.
Selain itu, DeepGlint turut mengumumkan kerjasama dengan syarikat AI Malaysia, DeepCore Sdn. Bhd. (DeepCore).
Dalam usaha gabungan ini, kedua-dua syarikat akan bertumpu untuk mengumpil bakat dan sumber tempatan untuk memajukan lagi teknologi dan penyelesaian AI, bagi mengukuhkan peranan strategik Malaysia dalam ekosistem teknologi global.
DeepCore juga sedang meneroka dengan TAR UMT untuk merekrut penuntut bagi program pertukaran bakat, di mana mereka yang terpilih akan mendapat latihan dan pengalaman praktikal dalam persekitaran perniagaan AI yang matang di ibu pejabat DeepGlint di Beijing, China.
Calon yang berjaya akan diberi peluang pekerjaan sepenuh masa dengan DeepCore atau ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.
Sementara itu, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan di Fakulti Pengkomputeran dan Teknologi Maklumat merangkap Penolong Profesor TAR UMT, Dr Wong Thein Lai berkata, seminar dengan DeepGlint merupakan pengalaman yang amat bermanfaat untuk penuntut UMT.
“Di mana mereka dapat menggambarkan teknologi yang akan datang serta potensi dan kedudukan mereka di masa depan. Kami menghargai peluang ini dan prospek masa depan kerjasama ini untuk pertumbuhan profesional penuntut kami,” tambahnya. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!I