Barone meninggal dunia pada usia 57 tahun

MILAN – Pengurus besar kelab Fiorentina, Giuseppe Barone meninggal dunia pada Selasa ketika berusia 57 tahun selepas jatuh sakit hujung minggu lepas, menyebabkan perlawanan pasukannya dalam Serie A Itali ditangguhkan.

Barone dihantar ke hospital San Raffaele di Milan pada Ahad, menyebabkan perlawanan antara kelabnya menentang Atalanta ditangguhkan ke tarikh yang tidak dinyatakan.

“Semua orang di Fiorentina berasa sedih dengan kehilangan seorang yang menawarkan sikap profesional, jiwa raga untuk kelab kami,” kata Fiorentina dalam satu kenyataan.

Seluruh dunia “Viola” bersimpati dengan isterinya, Camilla, anak-anak dan seluruh keluarga Barone dalam masa yang menyedihkan ini.”

Barone, yang lahir di Sicily pada 1966 tetapi berpindah ke New York City ketika masih kanak-kanak, meninggal dunia sehari sebelum ulang tahun kelahiran ke-58.

Dia merupakan rakan sejak sekian lama presiden Fiorentina, Rocco Commisso dan merupakan orang penting dalam pengurusan kelab sejak pertukaran pemilik pada 2019. — AFP
 

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *