BERITA UTAMA

Wanita UMNO dalam Siri Jelajah Santunan Kasih Ramadan KKDW

HARI kelapan Ramadan, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad bersama Wanita UMNO Perak dalam Siri Jelajah Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di MRSM FELDA Trolak.

Dalam majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri telah menyerahkan sumbangan kepada 307 anak yatim dan golongan asnaf dari sekitar Trolak termasuk pemberian duit raya kepada pelajar Maahad Tahfiz.

Timbalan Perdana Menteri turut mengumumkan, Maktab Rendah Sains MARA Felda (MRSMF) yang merupakan MRSM kelima di Perak diberikan peruntukan berjumlah RM280,000 melalui peruntukan Tabung Khas Penyelenggaraan IPMA di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Melalui kerjasama antara MARA dan FELDA, Program Ulul Albab akan diwujudkan di MRSM FELDA bagi melahirkan “Imtiaz Firdaus” atau generasi FELDA yang cemerlang menjelang 2050.

“Tahniah juga diucapkan buat Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di atas kelancaran dan kemeriahan sepanjang majlis berlangsung. FELDA menjadi hos untuk majlis kali ini.

“Terima kasih Wanita UMNO Perak yang dapat hadir bersama. Insyaa-Allah kita akan bertemu lagi. Semoga ukhwah antara kita akan terus berpanjangan,” kata Dr. Noraini. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *