PELAWAK, Achey dan Fad sentiasa berharap agar kemelut antara Ali Puteh dan balu arwah Abam, Hidayah dapat diselesaikan secepat mungkin.
Menurut laporan Gempak, Achey dan Fad juga hanya berdoa dari jauh dan mengambil keputusan untuk masuk campur dalam urusan mereka berdua. Kedua-dua pelawak itu juga akan ziarah dan bantu apa yang patut selepas perkara itu selesai.
“Nanti akan timbul isu salah faham, akan ada yang rasa saya berpihak belah sini, yang sini rasa saya berpihak belah sana. Jadi, kami dan Fad bukan berdiam diri, tapi hanya berdoa dari jauh.
“Saya dan Fad ini dikira orang luar, hal yang berlaku itu hal keluarga. Siapa kami untuk mencampuri urusan mereka.
“Kalau selesai saja, Insya-Allah macam-macam kami sediakan, kalau pihak sana bersetuju untuk kita hadir, supaya anak kawan kita terima sedikit hasil ke arah dia.
Sebelum ini Achey dan Fad dipercayai telah cuba untuk menyelesaikan kemelut antara Hidayah dan Ali Puteh tapi gagal. Itu antara sebab mereka tidak lagi nak masuk campur.
“Bila ada pertanyaan kenapa kami tak bantu balu dan anak arwah (abam), kami maklumkan itu hal keluarga. Kita tak boleh masuk campur, jauh sekali. Kami cuma adik beradik dalam industri.
Achey sebagai rakan baik kepada arwah Abam berharap agar kedua-dua mereka berdamai dan memikirkan kesejahteraan arwah.
“Kami tak layak masuk dalam, kita penat apatah lagi arwah yang dah pergi. Kalau kedua-duanya memikirkan arwah, tolonglah stop.
Betul apa yang Achey kata itu. Cepat-cepatlah habis isu ini dan berdamailah.
Kredit: Gempak
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!