BEKAS Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut terpanggil untuk memberi nasihat kepada pelakon Bella Astillah atas apa yang berlaku.
Dalam perkongsian itu, Dr. Zul menasihatkan golongan isteri harus bersabar dan tenang dalam membuat sebarang keputusan.
Beliau melihat, jika suami ditangkap khalwat bersama wanita lain, isteri seharusnya tenang dan menanti keputusan siasatan.
Katanya, tidak perlu membuat keputusan terburu-buru dalam keadaan sedang marah.
“Dalam isu ini sebagai seorang isteri, kena bersabar dan tenang.. sebab hukum buat keputusan ketika marah, selalunya kurang tepat.
“Untuk mengelak perkara ini berlaku, (isteri harus) tenang dulu, bila hati sudah sejuk buat solat kepada Tuhan, timbang tara untuk anak dan suami serta ambillah keputusan selepas ditanya daripada orang-orang yang berpengalaman.
“Sebab manusia tiada yang maksum, semua kita banyak salah silap dan sebaik-baiknya adalah bertaubat kepada Allah,” katanya.
Perkongsian nasihat itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dari kalangan netizen. Ada yang bersetuju dan ramai juga yang kurang senang dengan kenyataan Dr. Zul.
Ada yang berkata Dr Zul sepatutnya menasihati golongan suami yang ditangkap khalwat dalam hal ini. – NasionalDaily
Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!