BERITA UTAMA

Oktovia Manrose bersuara kontroversinya dengan Aliff jadi bualan

SEJAK kebelakangan ini kecoh mengenai kontroversi melibatkan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies.

Perkara itu juga buatkan ada pihak yang mengungkit kisah lama Aliff sebelum ini termasuk bersama pelakon, Oktovia Manrose.

Menurut laporan mStar, Oktovia tampil bersuara apabila menyedari isu panas pada tahun 2019 melibatkan dirinya bersama Aliff kembali menjadi bualan.

Dia juga berkata, perkara itu tak patut dibanggakan dan dia berasa malu apabila mengenangkannya kembali.

“Ada juga nampak (berita lama), tapi perkara itu bukan sesuatu yang perlu dibanggakan pun sebenarnya.

“Memang saya malulah, pernah terpalit dengan isu kontroversi tersebut, tapi tidak mengapa tak perlu nak melatah. Past is past, teruskan hidup,” katanya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang membandingkan dirinya dengan Aliff yang sehingga kini masih tidak lari dari kontroversi panas.

“No komen, nak cakap lebih-lebih pun tak boleh sebab kita bercakap mengenai hidayah dan perubahan seseorang.

“Macam saya dapat hidayah dan saya ambil, Alhamdulillah kekal sampai sekarang.

“Tapi, masing-masing ada ujian tersendiri, mungkin dia (Aliff) masih diuji dan belum belajar dari kesilapan lalu,” katanya.

Oktovia bagaimanapun, mendoakan semoga urusan Aliff dan Bella dipermudahkan demi kebaikan kedua-duanya di masa akan datang. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *