Pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan Ahli Parlimen – Fadillah

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dan wakil parti pembangkang minta supaya perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perbincangan melibatkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang sepatutnya diadakan Selasa lalu.

“Sepatunya Selasa lepas semua wakil parti iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas), Datuk Hamzah dan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Bersatu), tapi mereka minta tangguh kerana Takiyyudin ada urusan penting di Kota Bharu.

“Jadi, mungkin minggu depanlah, (tarikh) belum ada lagi sebab tunggu mereka tetapkan. Saya sebelum ini memang dah tetapkan Selasa lalu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Surau Al-Hidayah, Petra Jaya, hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, perbincangan berkenaan akan turut memperincikan permohonan pembangkang kepada kerajaan termasuk sebarang bentuk kerjasama yang boleh terjalin antara kedua pihak.

“(Selepas itu) Barulah saya akan bentangkan kepada kerajaan untuk dibincangkan, kemudian barulah berlaku perundingan,” katanya.

Dalam pada itu, Fadillah menafikan dakwaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengatakan kawasannya belum menerima sebarang peruntukan.

“Peruntukan kepadanya sebagai Ahli Parlimen belum ada, tetapi peruntukan di kawasan Parlimen ada. Dia (Syed Saddiq) baru jumpa saya dua kali… (Namun) Saya nak bincang dengan ketua pembangkang (Hamzah) dahulu,“ katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pada Khamis, Syed Saddiq dilaporkan berkata demikian dalam pemberitahuan pertanyaan lisan Dewan Rakyat seperti disiarkan di laman web Parlimen.

Bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu turut mendakwa, beliau sudah tiga kali berunding berkaitan perkara itu dengan Timbalan Perdana Menteri.

Bagi menjawab soalan berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dalam jawapan bertulis berkata, lebih RM300 juta disalurkan menerusi pelaksanaan puluhan projek di Parlimen Muar. – BERNAMA

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *