Tajuk Utama
    Diugut sebar gambar bogel, warga emas rugi lebih RM40,000

    Tiada maklumat penglibatan warga Malaysia dalam pengedaran dadah antarabangsa – PDRM

    KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan penglibatan rakyat negara ini susulan penahanan seorang penerbit filem di India yang didakwa terlibat aktiviti pengedaran dadah antarabangsa termasuk Malaysia baru-baru ini.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata risikan setakat ini mendapati tiada sebarang maklumat tentang penglibatan penerbit filem itu dengan mana-mana individu warganegara ini dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.

    “JSJN akan terus menjalankan risikan lanjut berkaitan perkara ini dalam usaha mengekang aktiviti pengedaran dadah di Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Sebelum ini, beberapa portal berita dalam talian melaporkan aktiviti pengedaran dadah didalangi penerbit filem terbabit diketuai seorang warga Malaysia yang trut terlibat dalam industri perfileman. – BERNAMA

     

    NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

    Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *