BERITA UTAMA

Faiz Na’aman pilih bersama PKR

PETALING JAYA – Tidak menyertai mana-mana parti politik lebih enam bulan, namun akhirnya bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na’aman menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Faiz memaklumkan keputusan itu diambil setelah mendengar penerangan daripada Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Alhamdulillah terima kasih YAB Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor atas jemputan ke Majlis Doa Selamat dan sesi penerangan isu-isu semasa di kediaman rasmi.

“Dengan pengumuman terbuka oleh Datuk MB dalam majlis ini maka saya dan mantan ADUN Dengkil yang juga mantan Ketua ARMADA Selangor saudara Adhif Syan telah diterima sebagai ahli PKR yang baru. Syukur,” katanya yang turut berkongsi di Facebook pada Isnin.

Beliau berkata akan terus memperkasakan perjuangan asal PKR di bawah kepimpinan Amirudin dan agenda nasional di bawah teraju Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Inilah langkah saya serta rakan-rakan seperjuangan yang berjiwa marhaenis, nasionalis moderat dan pro integriti sepertimana roh asal reformasi ketika ia mula bergema di negara kita kira-kira 26 tahun yang lalu,” katanya.

Pada Ogos tahun lalu, Faiz mengumumkan peletakan jawatan sebagai MPT Bersatu kerana mendakwa parti itu sudah terpesong daripada objektif awal penubuhan iaitu menggantikan UMNO.

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *