KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Akmal Salleh menerima undangan ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran untuk berbincang mengenai sekolah satu aliran pada Ahad ini.
Beliau juga minta perbincangan itu diadakan secara terbuka bagi membolehkan lebih ramai mendengar apa yang akan dibincangkan.
Ini, katanya, memandangkan topik yang dibangkitkannya selama ini adalah isu nasional.
“Sudah tentu saya menerima undangan dari YB Rajiv Roshyakaran. Saya mohon juga agar perbincangan ini diadakan secara terbuka.
“Mungkin Malaysia Gazette atau Sinar Harian boleh menjadi hos. Jika YB setujum kita kasi jadi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.
Semalam, Rajiv mengajak Akmal berbincang mengenai isu berkaitan sekolah vernakular, susulan kritikan pemimpin UMNO itu terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.
Ramasamy dilapor berkata, Akmal silap menyalahkan sekolah vernakular sebagai punca perpecahan kaum.
Ini selepas Akmal mencadangkan suatu dialog nasional diadakan bagi membincangkan integrasi aliran pendidikan kebangsaan dan vernakular, bagi merapatkan kembali jurang perpaduan antara kaum.
Rajiv yang merupakan pemimpin DAP mencadangkan Akmal memulakan dialog dengannya. – NasionalDaily
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com