Dewan Rakyat Beri Ruang Seluasnya Bahas Laporan RCI Tabung Haji – Johari

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat memberi ruang seluas-luasnya kepada semua Ahli Parlimen untuk membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) demi kepentingan awam dan ketelusan tatakelola.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata sesi persidangan khas mengenai dapatan RCI TH yang diadakan hari ini dilaksanakan mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat berikutan notis pemberitahuan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apabila Perdana Menteri menghantar surat untuk mengadakan persidangan, saya akur dan sebab itulah saya benarkan majlis ini diadakan…bukan majlis perkahwinan ya, persidangan ini.

“Saya terikat dengan Peraturan 11(3) dan saya telah membenarkan majlis ini diadakan bagi membolehkan wakil rakyat daripada kedua-dua pihak membahaskan dapatan penting laporan berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata demikian pada sidang khas Dewan Rakyat sebelum sesi penerangan menteri berhubung RCI.

Terdahulu, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan membangkitkan soalan berhubung ketidakhadiran Perdana Menteri.

Mengulas isu berkenaan, Johari menegaskan perkara itu tidak menjejaskan perjalanan persidangan kerana kerajaan diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri (TPM) serta Ahli-Ahli Kabinet yang hadir di dalam dewan.

“Untuk mengatakan kenapa PM tidak ada, kita ada TPM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini. Adakah anda nak downgrade kedudukan TPM? No beliau (Ahmad Zahid) berada di sini mewakili Kabinet, menteri-menteri lain juga mewakili Kabinet,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau turut mengingatkan Ahli-Ahli Parlimen masih mempunyai dua lagi platform penting untuk membangkitkan isu berkenaan, termasuk pada sesi pembentangan Belanjawan yang dijadualkan pada Oktober depan.

Selain itu, Johari berkata isu berkenaan juga boleh dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Malah Special Select Committee boleh pick up, kutip apa yang kita bincangkan, buat satu resolusi, panggil siapa (sahaja)…Saya dah buat keputusan saya nak teruskan (Mesyuarat Khas Dewan Rakyat),” katanya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *