Anwar Tekan Peranan MARA Perkasa Bumiputera

Oleh NurFarhana Zulkeply

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan MARA perlu terus memainkan peranan sebagai institusi teras dalam agenda pemerkasaan Bumiputera menerusi pembangunan yang lebih adil, inklusif dan menyeluruh.

Perdana Menteri itu berkata, usaha itu boleh diperkukuh melalui akses pendidikan berkualiti, latihan TVET dan kemahiran, pembiayaan pendidikan serta pembangunan usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana.

“MARA memainkan peranan penting sebagai institusi teras pemerkasaan Bumiputera demi menjamin masa depan yang lebih mampan dan berdaya tahan,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook.

Menurut beliau, dasar dan inisiatif yang diperjuangkan MARA mampu melahirkan lebih ramai pekerja mahir, separa mahir, profesional dan usahawan tempatan yang berdaya saing.

Beliau berkata, langkah itu sekali gus meningkatkan penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam ekonomi negara selari dengan cabaran semasa dan masa depan.

“MARA juga telah memberi manfaat kepada jutaan pelajar serta usahawan Bumiputera dalam memperkukuh mobiliti sosial dan penguasaan ekonomi negara,” ujarnya lagi.

Anwar berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pengurusan tertinggi MARA bagi memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera terus dipacu menerusi tadbir urus yang baik, berintegriti dan berkesan.

NurFarhana Zulkeply adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *