MTEN Fokus Kos Sara Hidup, Kerajaan Umum Inisiatif Segera

Oleh Siti Khaijah Manudin

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini memberi tumpuan kepada tekanan kos sara hidup yang semakin dirasai rakyat susulan ketidaktentuan bekalan global.

Menerusi perkongsian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di akaun Facebooknya memaklumkan, beberapa inisiatif segera telah dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI bagi membantu meringankan beban rakyat.

Antara langkah tersebut termasuk pemberian bantuan pendahuluan RM200 melalui Insentif Pembajak Khas bagi menyokong keperluan aliran tunai dan operasi sektor pertanian.

Selain itu, operasi pembenihan awan akan diselaraskan melibatkan agensi kerajaan termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) di kawasan kritikal.

Kerajaan juga mengumumkan pengurangan kadar sewa premis perniagaan milik agensi Persekutuan, selain menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mencontohi langkah yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam masa sama, Program Jualan Rahmah MADANI akan diperluas secara mingguan ke lebih banyak kawasan dengan penglibatan peniaga kecil.

Menurut Anwar, kerajaan akan terus menambah baik pendekatan sedia ada bagi memastikan setiap bantuan benar-benar sampai dan dirasai rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau menegaskan usaha berterusan akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan keazaman bagi mendepani cabaran semasa.

Siti Khadijah Manudin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *