Kes Juruterbang Ditahan di Indonesia: Siasat Kelemahan Sistem, Bukan Sekadar Tentukan Siapa Yang Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) memandang serius kenyataan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bahawa juruterbang yang ditahan di Indonesia telah melepasi semua pemeriksaan keselamatan di KLIA, manakala pemeriksaan bagasi berada di bawah tanggungjawab Aviation Security (AVSEC).

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, isu sebenar bukanlah menentukan agensi mana yang bertanggungjawab, tetapi bagaimana dadah dalam kuantiti begitu besar didakwa boleh melepasi sistem keselamatan sebuah lapangan terbang antarabangsa.

Kata beliau, jika semua prosedur dipatuhi, tetapi ancaman masih gagal dikesan, maka prosedur tersebut perlu dinilai semula secara menyeluruh.

“MCW menggesa Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan siasatan bebas melibatkan PDRM, CAAM, AKPS, Malaysia Airports, syarikat penerbangan berkaitan dan pakar keselamatan penerbangan bagi mengenal pasti sama ada wujud kelemahan teknologi, kecuaian manusia atau unsur jenayah terancang.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“MCW turut mengingatkan, orang ramai tidak harus membuat spekulasi terhadap mana-mana syarikat penerbangan atau individu sehingga siasatan selesai. Prinsip keadilan dan proses undang-undang hendaklah dihormati.

“Kes ini bukan sekadar melibatkan seorang juruterbang. Ia menyentuh kredibiliti sistem keselamatan negara, reputasi industri penerbangan Malaysia dan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap integriti pintu masuk negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Jais, integriti bukan diukur apabila sistem berfungsi dalam keadaan biasa, tetapi apabila sistem berjaya menghalang jenayah daripada melepasi setiap lapisan kawalan.

Katanya, jika terdapat kelemahan, ia mesti diperbetulkan dengan segera, telus dan tanpa kompromi.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *