Lelaki bantu mangsa kemalangan maut dirempuh kereta

ARAU – Seorang operator kilang yang sedang membantu seorang polis bantuan terlibat kemalangan meninggal dunia apabila dia dirempuh sebuah kereta Perodua Axia yang terbabas di Jalan Kuala Perlis-Changlun, Sungai Chempa di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, lelaki berusia 39 tahun itu meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu Perodua Axia, seorang doktor wanita berusia 35 tahun dan polis bantuan yang bertugas di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengalami kecederaan parah.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan itu pada jam 7.25 pagi.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Axia terbabit terbabas ke kiri jalan dan melanggar polis bantuan dan operator kilang itu menyebabkan operator kilang tersebut tercampak ke dalam parit.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sebelum itu, operator kilang berkenaan hendak membantu polis bantuan UniMAP berusia 36 tahun itu kerana kereta Honda City dipandunya terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok selepas melalui jalan digenangi air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mohsin berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk bedah siasat, manakala kedua-dua yang cedera parah turut dihantar ke hospital sama.

Kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA 

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *