Sanusi lepas bebas satu kes hasut

Sanusi sahkan LOD dihantar kepada Kor Ming, dua lagi individu berhubung dakwaan putar belit kenyataan

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengesahkan surat tuntutan (Letter of Demand, LOD) telah dihantar kepada Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming serta dua lagi individu yang didakwa memutar belit dan menokok tambah kenyataannya berhubung ceramah politik di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Muhammad Sanusi berkata, selain Nga yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, LOD turut diserahkan kepada Salim Abd. Rahman, manakala bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim dijangka menerima surat berkenaan selewat-lewatnya esok.

Menurut beliau, semua surat tuntutan itu dikendalikan oleh peguamnya dan setiap penerima diberi tempoh tujuh hari untuk membuat permohonan maaf sebelum tindakan undang-undang difailkan.

“Sebelum ini saya sudah menghantar LOD kepada Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan. Hari ini diserahkan kepada Nga Kor Ming dan Salim Abd. Rahman, manakala Marina Ibrahim akan menerima surat itu esok jika tidak sempat diserahkan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Masih ada lagi senarai nama yang panjang. Sesiapa yang memesongkan fakta, menokok tambah, memutar belit serta mengambil kesempatan terhadap kenyataan saya akan menerima LOD daripada peguam saya.

“Kita beri tempoh tujuh hari untuk mereka memohon maaf dan berhubung dengan peguam saya. Jika gagal berbuat demikian, perkara ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Pada 28 Julai lalu, Muhammad Sanusi memaklumkan bahawa peguamnya sedang dalam proses mengeluarkan surat tuntutan kepada beberapa individu yang didakwa menyelewengkan maksud kenyataannya ketika menyampaikan ceramah politik di Negeri Sembilan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau sebelum ini menegaskan kenyataannya telah disalah tafsir dan dimanipulasi oleh pihak tertentu sehingga mencetuskan polemik politik serta pelbagai reaksi di media sosial.

Mengulas siasatan polis berhubung isu berkenaan, Muhammad Sanusi berkata beliau telah selesai memberikan keterangan kepada polis di Alor Setar pada Ahad lalu.

Katanya, pihak polis hadir mengambil keterangannya di Kedah bagi memudahkan urusan memandangkan jadual tugasnya yang padat.

“Polis memahami saya mempunyai komitmen yang padat, jadi mereka datang ke Alor Setar untuk mengambil keterangan dan saya memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Saya menjawab semua soalan berdasarkan fakta. Apa yang saya nyatakan kepada polis adalah berdasarkan apa yang sebenarnya berlaku. Apa yang ada, ada. Apa yang tiada, tiada. Tidak boleh ditokok tambah,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, proses rakaman percakapan itu berlangsung dalam tempoh yang singkat kerana semua fakta berkaitan isu tersebut telah dijelaskan kepada pegawai penyiasat.

Tindakan menghantar beberapa LOD itu dilihat sebagai langkah undang-undang yang diambil oleh Muhammad Sanusi bagi mempertahankan reputasinya susulan dakwaan bahawa kenyataan beliau mengenai isu “Tanah Melayu” ketika ceramah politik di Negeri Sembilan telah dimanipulasi dan dipersembahkan di luar konteks asal oleh beberapa pihak.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *