Syabas! wira, wirawati Malaysia atas prestasi membanggakan – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas semangat juang dan prestasi membanggakan yang dipamerkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, beliau turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih, pegawai, pasukan sokongan serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas semangat juang yang luar biasa dan prestasi membanggakan yang dipamerkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.

“Terima kasih kepada jurulatih, pegawai, pasukan sokongan serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara. Syabas, wira dan wirawati Malaysia,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Malaysia menamatkan kempen pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila meraih lapan pingat emas, tiga perak dan lima gangsa, sekali gus menduduki tempat ke-10 keseluruhan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *