15 Ahli Kabinet Angkat Sumpah Jawatan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Seramai 15 ahli Kabinet Kerajaan Madani, iaitu tujuh menteri dan lapan timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan hari ini, susulan rombakan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Upacara rasmi melibatkan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan serta Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan, Sumpah Setia dan Sumpah Simpan Rahsia itu akan berlangsung di Istana Negara pada pagi ini, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Pengumuman rombakan Kabinet dibuat semalam oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan, dengan tujuan mengisi kekosongan jawatan serta menyesuaikan semula beberapa portfolio strategik bagi memperkukuh pentadbiran Kerajaan Madani.

Antara perubahan utama menyaksikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang sebelum ini menerajui Kementerian Perladangan dan Komoditi, dipindahkan ke Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, Hannah Yeoh pula meninggalkan portfolio Belia dan Sukan untuk menggalas tugas baharu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Rombakan kali ini turut menyaksikan beberapa pemimpin dinaikkan pangkat apabila enam timbalan menteri serta seorang muka baharu dilantik sebagai menteri penuh. Antaranya, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, kini diberi amanah sebagai Menteri Ekonomi.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari, diumumkan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu, menggantikan Hannah Yeoh.

Rombakan ini dijangka memberi nafas baharu kepada barisan Kabinet dalam memperkukuh pelaksanaan agenda reformasi serta memastikan kesinambungan dasar kerajaan berjalan lebih berkesan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *