Setahun Berlalu, Rafizi Persoal Nasib Kes Serangan Anak

KUALA LUMPUR – Genap setahun selepas anak lelakinya diserang ketika hendak masuk ke kereta di sebuah lokasi awam, Rafizi Ramli mempersoalkan perkembangan siasatan kes berkenaan yang didakwanya seolah terhenti tanpa penyelesaian.

Menerusi hantaran di media sosial sempena ulang tahun kejadian itu, bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, 13 Ogos akan menjadi tarikh yang diingatinya sehingga individu bertanggungjawab terhadap serangan itu dibawa ke muka pengadilan.

Menurut Rafizi, anaknya diserang pada waktu siang oleh seorang individu yang memakai pakaian seperti penghantar makanan berwarna gelap serta topi keledar menutup wajah.

Katanya, suspek didakwa memegang dan melilit leher anaknya sebelum menyuntik sesuatu ke bahunya sebanyak dua kali, sambil menjerit kepada isterinya, “aku cucuk dia”.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Rafizi berkata, pada malam kejadian dan hari berikutnya, isterinya turut menerima beberapa mesej WhatsApp berbentuk ugutan, termasuk mesej berbunyi, “diam, lepas ini HIV”.

Beliau mempersoalkan bagaimana kes berkenaan belum menemui titik penyelesaian, sedangkan kejadian berlaku di tempat awam dan pada waktu siang, selain terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta nombor telefon digunakan untuk menghantar mesej ugutan.

“Setahun telah berlalu, kes diam dan mati begitu sahaja,” katanya.

Rafizi turut mendakwa beliau pernah dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Menteri Dalam Negeri, Saifudin Nasution mengenai individu yang disyaki menjadi dalang, namun mendakwa permintaannya supaya perkara itu dijawab secara terbuka di Parlimen tidak dipenuhi.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurutnya, serangan terhadap anak dan ugutan terhadap isterinya tidak seharusnya dilihat sebagai perkara kecil atau dilupakan begitu sahaja.

Beliau turut mendakwa serangan itu mempunyai mesej tertentu, iaitu untuk menakutkan keluarganya dan memberi tekanan kepadanya supaya berundur daripada politik.

“Saya berterima kasih kepada isteri dan keluarga yang faham jika saya tunduk kepada ugutan seperti itu, saya bersubahat membenarkan kemungkaran, kerosakan dan jenayah berlaku dalam negara,” katanya.

Rafizi berkata, persoalan lebih besar perlu diberi perhatian ialah keselamatan rakyat sekiranya serangan sedemikian boleh berlaku terhadap anak kepada seorang bekas menteri di tempat awam.

“Kalau ia boleh berlaku kepada anak seorang bekas menteri seperti saya di khalayak ramai, kaedah menyerang dan mengugut seperti ini akan digunakan terhadap rakyat biasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pihak yang mengkritik keputusan politiknya supaya membayangkan sekiranya kejadian sama menimpa anak mereka sendiri.

“Kepada mereka yang mencemuh saya kerana ambil jalan politik yang berbeza daripada PH, saya harap mereka yang juga seorang ibu dan seorang bapa renungkan: kalaulah ini berlaku kepada anak anda,” katanya.

Rafizi menegaskan, beliau akan terus menunggu perkembangan kes berkenaan dan mengingati tarikh 13 Ogos setiap tahun sehingga pihak yang melakukan serangan serta dalang yang didakwa terbabit dibawa ke muka pengadilan.

“Kalau pun pihak berkuasa tidak berani mengambil tindakan, saya tahu bukan saja dalang, orang yang menyerang kanak-kanak ini perlu jawab di akhirat nanti, semua yang ada kuasa dan bertanggungjawab, tetapi tidak melaksanakan amanah mereka juga perlu jawab di akhirat,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *