Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Tiga mangsa ditemui, seorang maut

Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Tiga mangsa ditemui, seorang maut

MIRI – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh melibatkan dua buah rumah di Kampung Lereng Bukit, di sini, berjaya menemui tiga mangsa setakat jam 7 pagi ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, daripada tiga yang tertimbus, seorang meninggal dunia, dua selamat, sementara empat mangsa lagi masih belum ditemui.

“Dua mangsa pertama iaitu seorang remaja perempuan dan perempuan dewasa, ditemui selamat sekitar jam 4.55 pagi.

“Mangsa ketiga, seorang remaja lelaki, ditemui tidak bernyawa sekitar jam 6.17 pagi,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut jurucakap itu lagi, dua mangsa wanita yang masing-masing berusia 71 dan 41 tahun masih hilang selain dua kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 8 tahun.

Mangsa perempuan dewasa yang dijumpai selamat merupakan penghuni rumah Lot 287 B manakala yang lain termasuk yang meninggal dunia dan yang masih hilang adalah penghuni rumah Lot 287 A.

Sementara itu, mangsa lain di rumah Lot 287 B, kesemuanya empat orang (seorang lelaki dewasa, tiga perempuan remaja), dilaporkan selamat, kata jurucakap itu lagi.

Setakat jam 7.29 pagi, usaha mencari mangsa yang tertimbus masih giat dijalankan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *