Along Cham sahkan lafaz cerai taklik hari ini?

Along Cham sahkan lafaz cerai taklik hari ini?

TIADA angin tiada ribut, pelawak Along Cham dilaporkan bakal memfailkan dan membuat pengesahan lafaz cerai secara taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Syariah Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber yang dipercayai, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 41, dijangka memfailkan pengesahan cerai taklik tersebut pada jam 11 pagi ini.

“Along Cham fail cerai taklik di Mahkamah Syariah Putrajaya hari ni,” ujar sumber terbabit.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk mendapatkan kenyataan daripada Along menemui jalan buntu apabila panggilan telefon tidak berjawab.

Peguamnya ketika dihubungi meminta pengesahan tersebut datang sendiri daripada Along mahupun isterinya.

“Maaf, saya rasa persoalan tersebut lebih baik diajukan sendiri kepada tuan punya badan,” katanya ringkas.

Kelmarin, pelakon filem Tiada Tajuk itu membuat sujud syukur di kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen di sini melepaskannya tanpa membebaskan (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah disyaki kanabis.

Dalam perkembangan berkaitan, Along turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan lain melibatkan pemilikan dan penggunaan dadah.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 sementara menunggu perbicaraan. – Gempak

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *