Man United ikat Liverpool di Anfield

Man United ikat Liverpool di Anfield

LIVERPOOL – Amad Diallo menjaringkan gol penyamaan lewat permainan ketika Manchester United mengikat pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool 2-2 di Anfield.

Skuad kendalian Ruben Amorim begitu hampir untuk pulang tangan kosong walaupun mempamerkan aksi cemerlang, tetapi Diallo meledak gol pada minit ke-80 untuk memastikan satu mata dan menghalang Liverpool daripada terus melebarkan jurang di puncak liga.

United mendahului permainan pada minit ke-52 menerusi Lisandro Martinez yang merembat kencang dari sudut sukar.

Namun Liverpool hanya memerlukan tujuh minit untuk kembali menyamakan kedudukan apabila Cody Gakpo menjaringkan gol penyamaan yang hampir sama dengan jaringan Martinez.

Anak buah Arne Slot kemudian mendahului permainan menerusi sepakan penalti Mohamed Salah.

Selepas jaringan penyamaan Diallo, United terlepas peluang keemasan untuk merakam kemenangan apabila Harry Maguire merembat bola melepasi palang.

Liverpool kekal di tangga teratas dengan 46 mata daripada 19 perlawanan, enam mengatasi Arsenal yang bermain lebih satu perlawanan, dalam usaha mereka merangkul gelaran liga ke-20 dan menyamai rekod United.

United naik satu anak tangga – ke tangga ke-13 liga pada 23 mata.

“Saya agak kecewa. Jika kami menunjukkan tahap sebegini di Liverpool, yang pertama di dalam liga, mengapa kami tidak melakukannya di tempat lain?

“Hari ini kami berusaha bersungguh-sungguh, bermain dengan penuh semangat dan itulah yang memberikan anda sesuatu dalam permainan,” kata kapten United, Bruno Fernandes.

Kapten Liverpool, Virgil van Dijk mengakui ia bukan hari yang baik buat pendahulu liga itu.

“Ia mampu menjadi lebih buruk,” kata Van Dijk. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *