Syukur Mikha temui pasangan hidup terbaik - Sheila Rusly

Syukur Mikha temui pasangan hidup terbaik – Sheila Rusly

KUALA LUMPUR – Anak kedua kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail Azman, 24, selamat mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya, Beatrice Valeria Chitra, 24, Jumaat lalu.

Luth Mikhail dan Beatrice terlebih dahulu bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan dalam suasana sederhana, namun penuh bermakna, disaksikan oleh keluarga terdekat, rakan-rakan dan sahabat handai kedua-dua pihak.

Sheila yang juga isteri kepada pengarah terkenal, Azman Yahya atau Jinggo meluahkan rasa terharu dan berkongsi kegembiraan melihat anaknya melangkah ke alam perkahwinan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Sebagai ibu, saya bersyukur melihat Mikha (Luth Mikhail) kini menemui pasangan hidup terbaik untuknya. Saya mendoakan perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

“Dalam detik istimewa itu, dengan penuh rasa kasih sayang, saya tidak lupa berdoa agar ikatan suci sedang dijalin menjadi ladang kebahagiaan yang subur sampai bila-bila, insya Allah,” katanya.

Pasangan mempelai kemudiannya diraikan dalam majlis persandingan yang penuh indah hasil sentuhan Juweinezain Bridal Gallery di sebuah hotel di Genting Highlands, Pahang.

Luth Mikhail dan Beatrice Valeria kelihatan anggun dan tampan pada hari istimewa menzahirkan rasa syukur kerana majlis dirancang berjalan lancar.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Perkahwinan itu turut mendapat perhatian ramai peminat Sheila yang tidak henti-henti memberikan ucapan tahniah dan doa melalui media sosial.

Keluarga juga memohon agar semua pihak mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan pasangan pengantin.

Beatrice berbangsa Cina dari Jakarta, Indonesia terdahulu memeluk Islam pada Ogos tahun lalu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *