KOTA TINGGI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai dicampak ke dalam sungai oleh bapa saudaranya di Kampung Padang, Tanjung Sedili di sini, pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, lelaki berusia 37 tahun itu dipercayai mencampak mangsa ke dalam sungai sebelum mengamuk dan mengejar seorang lelaki berusia 40 tahun dengan bersenjatakan parang.
“Polis menerima laporan kira-kira jam 9.30 pagi berhubung kejadian suspek mengamuk dan mengejar lelaki berkenaan.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis ke lokasi kejadian dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan, namun suspek akhirnya berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Yusof berkata, pembantu pegawai perubatan mengesahkan kematian kanak-kanak itu dan mayat dihantar ke Hospital Kota Tinggi sebelum dijangka dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang untuk bedah siasat.
Kata beliau, suspek dipercayai menghadapi masalah kesihatan mental, manakala kejadian itu dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
