National 7s 2026: Juara Bertahan Kelantan Tersungkur di Tangan Selangor

KUALA NERUS – Rekod tanpa kalah Kelantan selaku juara bertahan Kejuaraan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s 2026) akhirnya terhenti apabila tewas 14-19 kepada Selangor dalam aksi peringkat kumpulan di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, hari ini.

Kekalahan itu pastinya memberi tamparan kepada skuad Kelantan yang hadir dengan reputasi besar selepas muncul juara tanpa mencatat sebarang kekalahan pada edisi lalu.

Selangor memulakan perlawanan dengan cukup agresif apabila memperoleh try seawal minit pertama sebelum melengkapkan mata menerusi conversion untuk mendahului 7-0.

Kelantan bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan 7-7 menjelang penghujung separuh masa pertama bagi aksi kategori Terbuka Lelaki itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Memasuki babak kedua, Selangor kembali menguasai permainan dan melebarkan kelebihan kepada 12-7 sekali gus menyukarkan usaha Kelantan untuk memburu kemenangan.

Walaupun Kelantan cuba merapatkan jurang menerusi tambahan tujuh mata pada penghujung perlawanan, usaha itu belum cukup untuk mengelakkan kekalahan pertama mereka dalam kejohanan berkenaan.

Sebelum itu, Kelantan memulakan kempen dengan langkah meyakinkan apabila menewaskan Pahang dengan kutipan 31 mata.

Cabaran lebih besar menanti Kelantan pada Sabtu apabila dijadualkan berdepan Johor yang turut mempamerkan prestasi cemerlang pada hari pembukaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Johor mencatat dua kemenangan selepas membenam Pahang 43-0 sebelum menewaskan Selangor 24-7.

Sementara itu, pasukan lelaki Terengganu masih belum tewas meskipun sekadar seri 14-14 ketika menentang Kedah.

Skuad wanita Terengganu pula mencuri perhatian apabila mencatat dua kemenangan besar dengan membelasah PDRM 52-0 dan Melaka 43-0.

Sebanyak 34 perlawanan peringkat kumpulan berlangsung pada hari pertama kejohanan yang menyaksikan pasukan bertanding meneruskan baki aksi kumpulan esok sebelum penentuan suku akhir.

Kejohanan tiga hari itu berlangsung di Kompleks Sukan Terengganu dan dijadualkan berakhir Ahad ini.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *