IR Malaysia, PAWE Perkukuh Kerjasama Kemanusiaan Melalui Tabung Sumbangan Palestin

PUTRAJAYA – Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Putrajaya dan Kebun Komuniti 1 (KK1) Presint 9, Putrajaya menganjurkan Program Demo Masakan Sihat dan Pelancaran Tabung Sumbangan Palestin peringkat PAWE bagi meningkatkan kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat serta memupuk semangat keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang memerlukan.

Program berlangsung di Astaka KK1 Presint 9 itu menghimpunkan kira-kira 100 peserta melibatkan wakil IR Malaysia, PAWE, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), PeladangNita, Persatuan Warga Emas Putrajaya (PerWEP), Kelab Pesara Kerajaan 1 Malaysia (KUPEKMAS) serta komuniti setempat.

Antara pengisian utama program termasuk demonstrasi masakan sihat oleh Chef Imelda Harris, Ikon Kemanusiaan IR Malaysia, perkongsian khas mengenai Palestin oleh Ketua Pegawai Eksekutif IR Malaysia, Siti Fadilah Mohd Hood serta pelancaran Tabung Sumbangan Palestin yang disempurnakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah IR Malaysia, Datuk Nur Iskandar A. Samad.

Program yang turut dihadiri Penasihat PAWE Putrajaya, Datuk Azman Abdul Rashid, Datuk Zainul Ayob dan Ketua Bahagian Pembangunan Dana IR Malaysia, Zulkepli Mad Yatim dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah dan jualan barangan eksklusif IR Malaysia.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Nur Iskandar berkata, inisiatif seperti itu adalah satu platform penting untuk menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha membantu golongan yang terjejas akibat krisis kemanusiaan, khususnya rakyat Palestin.

“Usaha kemanusiaan bukan hanya terletak pada bahu organisasi bantuan semata-mata, sebaliknya memerlukan sokongan dan keprihatinan seluruh lapisan masyarakat. Setiap sumbangan, walaupun kecil, mempunyai nilai yang besar dalam membantu mereka yang sedang berdepan kesukaran.

“Kami berharap pelancaran tabung ini dapat membuka lebih banyak ruang kepada masyarakat untuk menyumbang dan bersama-sama memainkan peranan dalam meringankan penderitaan rakyat Palestin,” katanya.

Sementara itu, Siti Fadilah berkata, penganjuran program seumpama ini bukan sahaja memberi manfaat dari aspek kesihatan dan kesejahteraan, malah membuka ruang kepada masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan dalam usaha kemanusiaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan PAWE dan Kebun Komuniti 1 dalam menjayakan inisiatif yang menggabungkan aspek kesihatan, kesejahteraan komuniti dan nilai kemanusiaan.

“Di Islamic Relief, kami percaya usaha membantu masyarakat yang terjejas akibat krisis kemanusiaan memerlukan sokongan dan penglibatan pelbagai pihak. Ia merupakan tanggungjawab bersama yang perlu digerakkan secara kolektif.

“Justeru, pelancaran Tabung Sumbangan Palestin pada hari ini merupakan satu langkah bermakna dalam membuka peluang kepada komuniti, termasuk warga emas, untuk turut menyumbang dan menjadi sebahagian daripada usaha membantu rakyat Palestin yang memerlukan bantuan kemanusiaan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi PAWE Putrajaya, Zainal Abidin Yahya berkata, program itu menggabungkan elemen penuaan sihat, amalan pemakanan seimbang dan nilai kemanusiaan dalam kalangan ahli PAWE serta komuniti setempat melalui pendekatan pendidikan, kesedaran dan penglibatan masyarakat.

“Inisiatif ini bukan sahaja memberi penekanan terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan kesejahteraan warga emas, malah turut menyemai semangat keprihatinan, kebersamaan dan tanggungjawab sosial dalam membantu golongan yang memerlukan.

“Kami berharap program seumpama ini dapat diteruskan bagi menggalakkan penglibatan aktif warga emas dalam aktiviti kemasyarakatan serta memberi peluang kepada mereka untuk terus menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *