Malaysia Negara Islam Dari Sudut Fiqhi, Syarie, Sejarah dan Geografi – Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil menegaskan Malaysia kekal sebagai sebuah negara Islam berdasarkan kedudukannya dari sudut fiqhi, syarie, sejarah dan geografi.

Beliau berkata, status berkenaan tidak pernah gugur dan kekal menjadi sebahagian daripada kedudukan negara ini.

“Malaysia adalah negara Islam secara fiqhi, syarie, sejarah dan geografi. Tidak pernah gugur status bumi ini daripada status negara Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Kenyataan itu dibuat susulan pandangan pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Ronnie Liu yang sebelum ini dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan dan tidak sepatutnya menjadi sebuah negara Islam yang dipengaruhi fahaman ekstremisme agama.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ronnie turut menegaskan kepentingan untuk terus berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan prinsip kepelbagaian masyarakat sebagai asas kehidupan bernegara.

Beliau pada masa sama menjelaskan, pendirian menolak ekstremisme agama tidak bermaksud menolak Islam yang kekal sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Pandangan berkenaan sekali gus membuka kembali perbahasan mengenai kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai Islam sebagai agama Persekutuan, khususnya dalam konteks masyarakat majmuk serta sistem perundangan negara.

Dalam kenyataannya, Ahmad Fauwaz menekankan, status Malaysia sebagai negara Islam perlu dilihat daripada beberapa sudut yang saling berkaitan, iaitu fiqhi, syarie, sejarah dan geografi.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Penegasan itu membawa dimensi kedudukan negara tidak boleh dilihat semata-mata daripada perspektif politik semasa, sebaliknya perlu mengambil kira sejarah dan perkembangan masyarakat serta wilayah yang membentuk Malaysia.

Pada masa sama, pandangan Ronnie mengenai penolakan terhadap ekstremisme agama memperlihatkan satu lagi dimensi dalam perbahasan itu, iaitu keperluan membezakan antara kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dengan fahaman ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Dalam sebuah negara berbilang kaum dan agama, isu berkaitan identiti negara dan kedudukan agama sememangnya mempunyai sensitiviti tersendiri.

Perbahasan mengenainya bukan hanya menyentuh persoalan agama, tetapi turut berkait dengan Perlembagaan Persekutuan, sejarah pembentukan negara, sistem perundangan serta hubungan antara masyarakat yang mempunyai latar belakang kepercayaan berbeza.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *