IPOH – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengenal pasti identiti seorang wanita yang ditemukan mati dalam sebuah beg pakaian di Sungai Perak berhampiran Jeti Lembah, Kuala Kangsar, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Heisham Harun berkata, usaha mengenal pasti mangsa telah dijalankan termasuk melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak, namun semakan cap jari tidak menemukan sebarang rekod sepadan.
Menurutnya, pemeriksaan pergigian mendapati mangsa berusia lingkungan 30-an, dengan ketinggian kira-kira 154 sentimeter dan berat sekitar 48 kilogram.
“Mangsa berkulit sawo matang dan rambut hitam paras bahu. Ketika ditemukan, mangsa berpakaian baju lengan panjang berbelang putih dan hitam, seluar jean hitam serta anting-anting,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Heisham berkata, ciri fizikal dan pakaian yang dipakai mangsa diharap dapat membantu orang ramai mengenal pasti identitinya.
Katanya, polis turut mengesahkan mangsa dipercayai bukan warga tempatan berdasarkan ketiadaan kesan suntikan BCG serta semakan cap jari yang tidak mempunyai rekod sepadan dalam pangkalan data JPN.
“Bedah siasat telah dijalankan oleh pakar patologi forensik Hospital Taiping dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Pada Sabtu lalu, polis mengesahkan mayat yang ditemukan di dalam beg pakaian di lokasi berkenaan merupakan seorang wanita berusia lingkungan 30-an.
Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan pada jam 3.12 petang memaklumkan mengenai penemuan beg berisi mayat di sungai berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan identiti mangsa diminta menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
