KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengajak seluruh rakyat Malaysia mendengar dan menghayati lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 bertajuk “Aku Berjanji.”
Menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin, beliau berkata, lagu hasil ciptaan dan dendangan penyanyi tersohor, Faizal Tahir itu berupaya menyemarakkan semangat cintakan negara.
Terdahulu, Fahmi menerima kunjungan Faizal di Putrajaya, dengan penyanyi berkenaan turut berkongsi perkembangan mengenai konsertnya yang dijadual pada 3 Oktober ini depan di Unifi Arena, Bukit Jalil.
“Saudara Faizal memaklumkan mengenai konsert beliau yang akan berlangsung pada Oktober ini. Saya doakan ia berjalan seperti direncanakan, Insya-Allah,” katanya.
Selain itu, Fahmi turut menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan figura kemanusiaan antarabangsa, Datuk Dr Sani Araby. – BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
