Ismail Lasim letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

SHAH ALAM – Datuk Ismail Lasim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menerusi surat bertarikh 16 November 2026 yang dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang berkata, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menerima salinan surat peletakan jawatan berkenaan.

Menurut Zambry, BN menghormati keputusan Ismail dan merakamkan penghargaan serta terima kasih atas segala khidmat bakti beliau sepanjang menerajui pentadbiran negeri itu.

Katanya, BN berharap keputusan berkenaan dapat membuka lembaran baharu bagi memulihkan kestabilan politik serta memastikan pentadbiran Negeri Sembilan kembali berfungsi dengan lancar.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“BN akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan secara teratur, dengan mengambil kira kedudukan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri serta perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan media.

Zambry berkata, Pengerusi BN akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Peletakan jawatan itu membuka laluan kepada proses penentuan kepimpinan baharu negeri, dengan kedudukan sokongan majoriti ADUN dan perkenan institusi diraja menjadi antara perkara penting dalam peralihan pentadbiran berkenaan.

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *