NILAI – Filem pendek RaSaka yang bakal mewakili Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam pertandingan Digital Innovation Creativepreneur (DICE) 4.0 diperkenalkan menerusi tayangan perdana, menghimpunkan lebih 200 penonton di Dewan Serbaguna Kolej Permata Insan USIM, 14 November lalu.
Program anjuran Kelab Media dan Komunikasi Strategik (StraComm Clique) USIM itu turut menjadi medan memperkenalkan hasil karya serta barisan produksi RaSaka sebelum pasukan berkenaan membawa karya tersebut ke pentas DICE 4.0.
Filem pendek terbitan Scync Production di bawah StraComm Clique itu adalah karya arahan Muhammad Faiz Azmi dengan penglibatan pelajar Kolej Permata Insan sebagai sebahagian daripada barisan produksi.
Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik USIM, Nur Ekmal Buhary serta Penyelaras Hal Ehwal Pelajar Kolej Permata Insan, Dr. Mohamad Azani Abd. Khadir Jalani.
Selain menyaksikan tayangan perdana, penonton turut berpeluang beramah mesra dengan barisan pelakon menerusi sesi Meet and Greet, sekali gus memberikan ruang kepada penonton untuk mengenali lebih dekat individu yang menjayakan karya tersebut.
Nur Ekmal berkata, beliau menyaksikan sendiri usaha dan komitmen seluruh kru dalam menjayakan RaSaka serta berharap StraComm Clique terus mengekalkan momentum dalam menghasilkan karya kreatif yang mampu mengangkat nama USIM.
Beliau turut berharap kerjasama antara USIM dan Kolej Permata Insan dapat diteruskan serta diperluas bagi membuka lebih banyak ruang kolaborasi dalam penghasilan karya kreatif pada masa akan datang.
Penghasilan RaSaka turut menandakan penglibatan kali kedua pelajar Kolej Permata Insan bersama StraComm Clique dalam karya yang dipertandingkan di DICE selepas filem pendek TempaYan pada edisi terdahulu.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Menerusi DICE 3.0, TempaYan berjaya meraih tempat ketiga kategori Filem Pendek, Gold Medal Award dan People’s Choice Award, manakala kontinjen USIM turut menerima Outstanding Booth Experience Award serta menduduki tempat keempat bagi eVarsity Cup Mobile Legends.

Bagi edisi kali ini, RaSaka bakal mewakili USIM dalam DICE 4.0 yang berlangsung dari 17 hingga 19 November ini di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.
Sementara itu, Muhammad Faiz berharap karya tersebut mendapat perhatian positif daripada barisan juri serta membuahkan hasil setimpal dengan usaha dicurahkan seluruh pasukan produksi sejak awal proses penghasilannya.
Beliau turut memohon doa dan sokongan semua pihak agar perjalanan pasukan StraComm Clique ke DICE 4.0 yang bermula sejak Mac lalu dipermudahkan dan mampu membawa kejayaan buat USIM.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
