Untung suku ketiga CUCKOO melonjak 97.1 peratus

KUALA LUMPUR – Keuntungan selepas cukai (PAT) CUCKOO International (MAL) Bhd. hampir berganda kepada RM26.6 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2026, meskipun hasilnya merosot berikutan permintaan pengguna yang lebih perlahan.

Berdasarkan keputusan kewangan belum diaudit bagi suku berakhir 30 September 2026, PAT syarikat meningkat 97.1 peratus daripada RM13.5 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.

Keuntungan sebelum cukai (PBT) pula melonjak 99.2 peratus kepada RM37.5 juta, manakala hasil susut 8.4 peratus kepada RM242.1 juta berikutan permintaan pengguna dan jumlah unit jualan yang lebih rendah.

Untung kasar meningkat 6.1 peratus kepada RM89.9 juta, dengan margin untung kasar mengukuh kepada 37.1 peratus daripada 32.1 peratus pada suku ketiga 2025.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

CUCKOO Malaysia berkata, peningkatan margin disokong purata kos pemerolehan pelanggan dan kos produk yang lebih rendah, selain manfaat daripada purata nilai ringgit yang lebih kukuh.

Kualiti portfolio syarikat turut bertambah baik apabila kerugian bersih rosot nilai instrumen kewangan berkurang 37.7 peratus kepada RM18.3 juta.

Penurunan itu mencerminkan tingkah laku pembayaran balik pengguna yang bertambah baik susulan pelaksanaan penilaian kredit lebih ketat sejak Julai 2025.

Perbelanjaan pengedaran menurun 10.5 peratus kepada RM15.7 juta, manakala kos kewangan bersih susut 31.6 peratus kepada RM3.1 juta, disokong pinjaman lebih rendah dan pergerakan pertukaran asing yang menggalakkan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Berdasarkan perbandingan suku ke suku, hasil menyusut 1.5 peratus, manakala PBT dan PAT masing-masing menurun satu peratus dan 5.8 peratus. Untung kasar bagaimanapun meningkat 0.8 peratus kepada RM89.9 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2026, PAT meningkat 16.1 peratus kepada RM79.7 juta, manakala PBT bertambah 14.4 peratus kepada RM109.1 juta. Hasil bagi tempoh itu berjumlah RM715.9 juta.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, peningkatan keuntungan menunjukkan kemajuan syarikat dalam memperkukuh margin, mengurus kos dan meningkatkan kualiti portfolionya.

“Walaupun pendapatan kekal lebih rendah tahun ke tahun, peningkatan keuntungan mencerminkan kemajuan yang telah kami capai dalam mengukuhkan margin, mengurus kos dan meningkatkan kualiti portfolio,” katanya.

Setakat 30 September lalu, jumlah ekuiti syarikat meningkat kepada RM1.16 bilion daripada RM1.11 bilion pada akhir 2025, manakala jumlah pinjaman dan peminjaman berkurang kepada RM84.4 juta daripada RM139.6 juta.

Syarikat turut menjana aliran tunai operasi bersih RM78.3 juta bagi tempoh sembilan bulan berkenaan, berbanding aliran keluar tunai operasi bersih RM14.1 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

CUCKOO Malaysia melancarkan Struktur Rakan Kongsi Jualan Bersekutu pada 1 Oktober lalu dengan melantik empat perniagaan bebas sebagai rakan kongsi pertama.

Inisiatif itu membolehkan rakan kongsi menawarkan produk dan perkhidmatan CUCKOO melalui pasukan serta saluran jualan masing-masing, ketika syarikat kekal optimis secara berhati-hati terhadap prospek baki tahun kewangan 2026.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *