Ahmad Maslan tenang, tidak layan desakan MP PH letak jawatan

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan beliau tidak mempunyai sebab untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya hanya kerana desakan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang tidak senang dengan pantun politiknya.

Sebaliknya, Ahmad berkata, kedudukannya dalam kerajaan adalah atas cadangan UMNO dan Barisan Nasional (BN), manakala Presiden UMNO sendiri tidak pernah meminta beliau melepaskan jawatan berkenaan.

Menurutnya, beliau memahami reaksi beberapa Ahli Parlimen PH yang begitu tersinggung dengan serangkap pantun yang dilontarkannya sehingga mencetuskan desakan supaya beliau berundur daripada jawatan Timbalan Menteri.

“Saya difahamkan ada Ahli Parlimen atau MP meminta saya meletakkan jawatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Parti saya, UMNO dan BN, yang mencadangkan nama saya sebagai salah seorang Timbalan Menteri. Presiden UMNO tidak meminta saya meletakkan jawatan pun,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan.

Ahmad turut menyindir, beliau memahami perasaan pihak berkenaan yang didakwanya sudah empat kali berdepan kekalahan dalam beberapa pilihan raya negeri, iaitu di Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan terbaharu Melaka.

Malah, beliau secara berseloroh membayangkan kemungkinan PH berdepan kekalahan kali kelima sekiranya bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.

“Jika di Sarawak pihak mereka bertanding, mungkin akan kalah untuk kali kelima. Mungkin.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Maka, saya faham hanya dengan serangkap pantun, mereka telah melenting,” katanya.

Bagaimanapun, Ahmad menegaskan beliau kekal tenang menghadapi desakan berkenaan dan tidak melihat pantun itu sebagai alasan untuk mengundurkan diri daripada jawatan yang disandangnya.

“Saya tenang sahaja, seperti biasa. Saya seorang yang tenang,” katanya.

Kontroversi itu tercetus selepas Ahmad melontarkan pantun yang mengajak pengundi memilih BN dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus mengundang reaksi beberapa Ahli Parlimen PH yang mendesak beliau meletakkan jawatan.

Pantun berkenaan berbunyi:

“Kalau Tuan pergi memancing,
Jangan lupa membawa umpan,
Kalau tak nak kena kencing,
Jangan lupa undi Barisan dan Perikatan.”

Reaksi Ahmad itu memperlihatkan beliau tidak bercadang melayan desakan berkenaan, sebaliknya menyerahkan soal kedudukannya dalam kerajaan kepada parti yang mencadangkan pelantikannya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *