2.8 hektar hutan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terbakar

SHAH ALAM – Kawasan hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14 di sini, terbakar dalam kejadian tengah hari Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.01 tengah hari sebelum mengerahkan pasukan ke lokasi.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam yang tiba mendapati kawasan hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar terbakar.

“Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan sebarang struktur bangunan berhampiran serta tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, operasi pemadaman melibatkan 10 anggota dan pegawai bomba menggunakan peralatan khas termasuk fire beater serta pam.

Ashrul Riezal berkata, setakat jam 8.30 malam operasi pemadaman mencapai 60 peratus dan masih diteruskan secara berperingkat.

“Pasukan bomba sedang memadam tompokan api menggunakan sumber air daripada pili bomba Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta bantuan lori tangki air, selain melaksanakan fire break bagi mengekang kebakaran daripada merebak,” katanya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *