Gegaran Gempa Bumi: Keadaan Di Pulau Pinang Terkawal, Tiada Kecederaan Dilapor

GEORGE TOWN – Keadaan di Pulau Pinang terkawal dan tiada kecederaan dilaporkan setakat malam tadi, susulan beberapa gegaran yang dirasai di negeri itu ekoran kejadian gempa bumi yang berlaku di Indonesia, semalam.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri menerima laporan daripada Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri tentang situasi beberapa gegaran yang dirasai.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) pasukan keselamatan berkaitan menerima panggilan daripada umum antara 7.23 malam hingga 7.27 malam yang menyatakan terdapat gegaran yang berlaku di sembilan lokasi membabitkan kelima-lima daerah di Pulau Pinang.

“Oleh itu, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) JBPM negeri telah dihantar ke lokasi-lokasi kejadian untuk membuat pemantauan dengan melibatkan 36 pegawai serta anggota dan sembilan kelengkapan jentera,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Chow berkata kerajaan negeri akan terus berhubung dengan pihak JBPM serta pasukan penyelamat lain bagi pemantauan dan kemas kini lanjut.

Gempa bumi bermagnitud 6.4 menggegarkan wilayah Sumatera Utara, Indonesia pada petang Sabtu, iaitu beberapa jam selepas gempa bumi dengan 7.7 magnitud melanda Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur yang mengorbankan sekurang-kurangnya 38 orang.

Berikutan itu, gegaran selama beberapa minit turut dirasai di sekitar Pulau Pinang dan Perak. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *