Suspek 24 kes samun maut ditembak polis di hotel bajet Chow Kit

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 24 kes samun maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di sebuah hotel bajet di Jalan Haji Taib, Chow Kit, di sini, kira-kira jam 2 pagi, semalam.

Suspek yang dipercayai sudah beberapa bulan menjadikan hotel berkenaan sebagai tempat persembunyian dikatakan menjalani kehidupan seperti orang biasa bagi mengelakkan dirinya dikesan pihak berkuasa.

Lebih mengejutkan, lelaki itu dilaporkan mempunyai rutin harian yang tidak menimbulkan syak wasangka penduduk dan peniaga sekitar, termasuk menunggang motosikal pada waktu siang serta bekerja sebagai pemandu teksi pada sebelah malam.

Dia juga sesekali dilihat mengunjungi kedai runcit berhampiran untuk membeli minuman, menyebabkan kehadirannya tidak dianggap mencurigakan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Difahamkan, suspek sudah beberapa bulan keluar masuk hotel bajet berkenaan yang mengenakan kadar sewa bilik sekitar RM30 sehari.

Peniaga di kawasan itu sebelum ini menyangka lelaki terbabit bekerja sebagai pemandu lori atau melakukan beberapa pekerjaan bagi menyara kehidupan.

Bagaimanapun, mereka mula mengetahui identiti sebenar lelaki itu selepas polis datang mendapatkan maklumat kira-kira sebulan lalu dan memaklumkan bahawa dia dipercayai individu yang sedang diburu berhubung beberapa kes samun.

Suspek akhirnya ditembak mati selepas dipercayai bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota polis ketika operasi dijalankan di hotel berkenaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kejadian itu sekali gus menamatkan usaha memburu lelaki terbabit yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 24 kes samun.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai identiti suspek, jenis senjata digunakan serta lokasi dan jumlah sebenar kes samun yang dikaitkan dengannya belum diperincikan dalam maklumat awal berhubung kejadian itu.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *