Gempa Bumi Kuat Landa Semenanjung Minahassa Sulawesi, Gegaran Turut Dirasai Di Sabah

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 dikesan berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada 12.25 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 0.1 darjah selatan dan 120.6 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Gempa bumi itu berada pada jarak 116 km Timur Laut dari Palu, Indonesia.

Menurut MetMalaysia, gegaran dirasai di sekitar Tawau, Lahad Datu dan Semporna di Sabah, namun tiada ancaman tsunami kepada negara. – BERNAMA

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *