Polis temui satu lagi guni berisi tulang manusia di Behor Mali, kes kini disiasat sebagai bunuh

KANGAR – Polis menemui satu lagi guni dipercayai mengandungi tulang manusia di kawasan Behor Mali di sini, semalam, sekitar 31 meter dari lokasi penemuan rangka manusia yang dilaporkan pada 26 Julai lalu.

Penemuan terbaharu itu menguatkan lagi siasatan pihak berkuasa terhadap kemungkinan wujud unsur jenayah, menyebabkan kedua-dua kes kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, guni berwarna putih itu ditemui seorang peniaga lelaki berusia 61 tahun kira-kira jam 11 pagi ketika membersihkan kawasan semak di atas sebidang tanah milik anak perempuannya yang baru dibeli sekitar dua bulan lalu.

Menurut beliau, ketika menebas semak, lelaki itu ternampak beberapa tulang yang tidak dapat dikenal pasti dalam keadaan bertaburan dan sebahagiannya terkeluar dari guni yang sudah lusuh serta koyak.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Hasil pemeriksaan mendapati guni tersebut berada dalam keadaan separuh tertimbus dalam tanah serta dilitupi semak-samun berhampiran kawasan sempadan tanah rizab Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut yang dijalankan pasukan siasatan forensik di lokasi turut menemukan beberapa barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan berkenaan.

Antara barangan yang dijumpai ialah sehelai seluar dalam, sehelai seluar pendek yang sudah lusuh dan koyak serta seutas tali pinggang yang berada berhampiran guni tersebut.

“Berdasarkan keadaan tulang serta barangan yang ditemui, polis percaya kesemua objek berkenaan telah lama berada di lokasi kejadian,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Yusharifuddin berkata, semua barang kes termasuk tulang yang ditemukan telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada jam 4.30 petang semalam bagi menjalani analisis patologi awal untuk mengenal pasti identiti mangsa, jantina, tempoh kematian serta punca kematian.

Menurut beliau, susulan penemuan terbaharu itu, polis telah mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, kes penemuan tulang manusia yang ditemukan berhampiran lokasi sama pada 26 Julai lalu turut diklasifikasikan semula di bawah seksyen yang sama selepas perkembangan terbaharu siasatan.

“Polis sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti identiti mangsa, menentukan sama ada kedua-dua penemuan mempunyai kaitan antara satu sama lain serta mengesan individu yang bertanggungjawab,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan individu yang dilaporkan hilang supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu juga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Tengku Moh Farid Tengku Ibrahim di talian 019-993 9200 bagi membantu melengkapkan siasatan.

Pada 26 Julai lalu, penemuan tulang manusia di kawasan berhampiran telah mencetuskan pelbagai persoalan, namun siasatan pada ketika itu masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti mangsa.

Penemuan satu lagi guni yang mengandungi tulang manusia di lokasi berhampiran kini membuka dimensi baharu dalam siasatan polis, yang memberi tumpuan kepada kemungkinan kedua-dua penemuan mempunyai hubungan serta melibatkan unsur jenayah.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *