Misteri kehilangan pasangan suami isteri terungkai, serah diri selepas disyaki terbabit kes hutang kutu

JITRA – Misteri kehilangan pasangan suami isteri bersama anak mereka sejak lebih dua minggu lalu akhirnya terungkai apabila kedua-dua individu terbabit menyerah diri kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, awal pagi tadi.

Pasangan berusia 39 dan 36 tahun itu hadir ke IPD Kubang Pasu pada jam 1.50 awal pagi sebelum ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan membabitkan kegiatan kutu atau skim giliran wang yang dipercayai menjadi punca kehilangan mereka.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan penahanan pasangan berkenaan dan berkata, mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Jitra pagi ini bagi permohonan reman.

“Kedua-dua mereka menyerah diri di IPD Kubang Pasu pada jam 1.50 awal pagi tadi dan ditahan untuk membantu siasatan. Mereka akan dibawa ke Mahkamah Jitra pagi ini bagi permohonan reman,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebelum ini, kehilangan pasangan itu bersama anak mereka yang berusia sembilan tahun menjadi perhatian selepas mereka dilaporkan gagal dihubungi sejak keluar dari kediaman di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam pada 20 Julai lalu.

Kehilangan tiga beranak itu menimbulkan pelbagai tanda tanya sehingga bapa kepada wanita berusia 36 tahun terbabit membuat laporan polis selepas gagal menghubungi anak, menantu dan cucunya.

Lelaki berusia 62 tahun itu tampil membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam kerana bimbang keselamatan mereka selepas usaha mengesan ketiga-tiga mereka menemui jalan buntu.

Bagaimanapun, perkembangan siasatan polis kemudian menemukan petunjuk baharu apabila seorang lelaki berusia 23 tahun tampil membuat laporan mendakwa menjadi mangsa skim kutu yang dikendalikan oleh wanita berkenaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Mangsa mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM25,000 dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Semalam, Mohd Radzi memaklumkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan sedang mengesan pasangan suami isteri terbabit serta anak mereka bagi membantu siasatan.

Ketika itu, polis tidak menolak kemungkinan kehilangan mereka mempunyai kaitan dengan dakwaan hutang kutu yang melibatkan beberapa individu.

Penyerahan diri pasangan tersebut awal pagi tadi dilihat memberi perkembangan penting kepada siasatan polis, yang kini memberi tumpuan kepada dakwaan penipuan membabitkan skim kutu serta kemungkinan wujud mangsa lain.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jumlah sebenar mangsa, nilai kerugian yang terlibat serta sama ada terdapat unsur jenayah lain berkaitan kes berkenaan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *