“Kami akan tamatkan perang Iran”, kata Ketua Demokrat Senat AS

WASHINGTON – Ketua Demokrat bagi Senat Amerika Syarikat (AS), Chuck Schumer berkata, pihaknya akan menamatkan perang dengan Iran dan akan ada sokongan daripada beberapa anggota Senat daripada Parti Republikan, lapor Xinhua.

“Kami akan menamatkan perang. Sudah ada beberapa anggota Republikan yang menyertai kami dalam usaha menamatkan perang ini.

“Bapa-bapa pengasas negara telah menetapkan ‘kuasa ke atas perbelanjaan’ (power of the purse) sebagai salah satu cara untuk mengekang presiden yang melancarkan perang tanpa persetujuan rakyat Amerika,” kata Schumer dalam sidang akhbar di ibu pejabat Jawatankuasa Kempen Senator Demokrat di Washington, D.C.

Kenyataan Schumer itu dibuat beberapa jam selepas pemilihan ketika Parti Demokrat dijangka mengambil alih kawalan Dewan Perwakilan dan Senat dalam pilihan raya pertengahan penggal.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Presiden Donald Trump memberitahu The Wall Street Journal pada malam Selasa bahawa perang itu adalah antara punca kekalahan meluas Parti Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal.

Bagaimanapun, Trump menegaskan beliau tidak menyesal melancarkan perang itu pada awal tahun ini.

“Iran adalah salah satu faktornya,” kata Trump dalam satu temu bual telefon dengan akhbar harian AS tersebut, apabila ditanya sama ada perang itu menyumbang kepada prestasi buruk Parti Republikan dalam pilihan raya berkenaan.

Pada Jun, empat senator Republikan telah mengundi bersama pihak Demokrat untuk menyokong satu resolusi kuasa perang yang mengarahkan Trump supaya menarik balik tentera AS daripada perang terhadap Iran iaitu tindakan yang diambil tanpa kebenaran rasmi daripada Kongres untuk menggunakan kekerasan tentera. – BERNAMA-XINHUA

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *