Dua anggota polis saman Ketua Pengarah AKPS berhubung insiden video tular di KLIA

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis yang mendakwa menjadi mangsa kekasaran dalam insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu, mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman sivil terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Saman berkenaan difailkan di Mahkamah Sesyen Sepang pada 4 November menerusi Tetuan Kamal Hisham & Associates, dengan Mohd Shuhaily dinamakan sebagai defendan tunggal.

Peguam yang mewakili kedua-dua plaintif, Kamal Hisham Ja’afar berkata, tindakan saman itu diambil susulan pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap Mohd Shuhaily mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan pada 21 Oktober lalu.

Menurutnya, saman sivil tersebut mengemukakan empat asas tuntutan terhadap defendan, merangkumi tort penahanan salah, serangan, battery (kekerasan fizikal) dan fitnah.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan pendirian bahawa insiden kekasaran berkenaan merupakan perbuatan peribadi Mohd Shuhaily dan tidak melibatkan Kerajaan Malaysia.

“Hal ini mengambil kira kejadian kekasaran tersebut adalah semata-mata suatu perbuatan Mohd Shuhaily atas kapasiti dirinya sendiri tanpa melibatkan pihak Kerajaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan media bersama seorang lagi peguam, Muhammad Nor Tamrin.

Dalam perkembangan sama, kedua-dua plaintif merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia atas pendirian tegas bahawa setiap individu, tanpa mengira kedudukan atau jawatan, tertakluk kepada undang-undang negara.

Mereka turut menyatakan keyakinan bahawa tindakan saman sivil berkenaan merupakan saluran perundangan yang wajar bagi mendapatkan keadilan atas kejadian yang didakwa berlaku.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Terdahulu, Mohd Shuhaily didakwa di mahkamah pada 21 Oktober kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis terbabit dalam kejadian di kaunter Terminal 1 KLIA, antara jam 1.17 tengah hari hingga 1.30 tengah hari pada 28 September lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *