KUALA LUMPUR – Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, bekas isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.
Berita pemergian Allahyarhamah itu dimaklumkan sendiri oleh Najib menerusi satu hantaran di Facebooknya.
Dalam perkongsian berkenaan, Najib menyifatkan Allahyarhamah sebagai insan yang pernah memainkan peranan penting dalam perjalanan hidupnya, selain ibu kepada anak-anak hasil perkahwinan mereka.
Najib turut meluahkan rasa dukacita kerana tidak berpeluang berada bersama keluarga ketika menghadapi saat kehilangan tersebut berikutan keadaan yang tidak mengizinkannya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan ingatan dan doa tetap mengiringi anak-anak serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah dalam menghadapi detik sukar berkenaan.
Menerusi hantaran sama, Najib turut memohon agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal ibadahnya serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Beliau juga berharap seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk menerima ketentuan Ilahi serta menghadapi kehilangan insan tersayang itu.
Telegram: Nasional Daily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
