NARATHIWAT – Seorang anggota tentera Thailand berpangkat Sarjan Mejar maut selepas ditembak ketika bercuti di rumah isterinya di Kampung Kampong Buena, Moo 6, mukim Riko, daerah Sungai Padi, wilayah Narathiwat, semalam.
Mangsa, Atpon Yaodam anggota Pasukan Petugas Khas Rejimen Rangers ke-48 yang lebih dikenali sebagai Sarjan Boi berasal dari wilayah Phatthalung.
Menurut maklumat awal, mangsa berkahwin dengan seorang wanita dari Kampung Kampong Buena dan berada di situ ketika bercuti bersama isterinya sebelum ditembak oleh individu tidak dikenali.
Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas kejadian.
Identiti serta bilangan penyerang, jenis senjata api yang digunakan dan motif serangan masih belum diketahui.
Pihak berkuasa Thailand sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pelaku dan punca kejadian.
Sementara itu, seorang bekas ketua kampung berusia 69 tahun cedera selepas ditembak sekumpulan individu tidak dikenali ketika berada di dalam Masjid Kampung Kuwa, daerah Sungai Padi, wilayah Narathiwat, Thailand, malam 3 November.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.35 malam itu, mangsa, Doroning Mueli, yang juga bekas ketua kampung Moo 5, Kampung Kuwa, mukim Riko, ditembak menggunakan senjata api yang jenis dan kalibernya belum dikenal pasti.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Mangsa kemudian dibawa oleh orang awam dengan bantuan pihak berkuasa ke Hospital Sungai Padi untuk mendapatkan rawatan.
Polis dan agensi keselamatan kini menjalankan siasatan dengan memeriksa tempat kejadian, mengumpulkan bukti serta mengambil keterangan saksi bagi mengenal pasti motif serangan dan memburu suspek yang terbabit.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
