KUALA LUMPUR– GTA Holdings Berhad (GTA) memeterai taja jamin dengan Hong Leong Investment Bank Berhad (HLIB) untuk tawaran awam permulaan (IPO) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).
Sempena penyenaraian itu HLIB bertindak sebagai Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin Tunggal dan Ejen Penempatan Tunggal untuk IPO tersebut.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif GTA Holdings Berhad, Datuk Nonee Ashirin Mohd Radzi berkata, perjanjian taja jamin ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan IPO GTA ketika syarikat semakin hampir dengan penyenaraian yang dicadangkan di Pasaran ACE Bursa Securities.
“Hasil daripada IPO itu akan digunakan secara strategik untuk menyokong pelan pertumbuhan jangka panjang kami melalui penubuhan kemudahan operasi baharu, pengembangan jejak MRO helikopter ke Timur Tengah, dan kepelbagaian keupayaan ke dalam segmen MRO gear pendaratan, roda dan brek bernilai tinggi.
“Sebahagian daripada hasil juga akan diperuntukkan kepada keperluan modal kerja dan pembayaran perbelanjaan penyenaraian,” katanya.
IPO yang diterbitkan itu melibatkan terbitan awam 205,000,000 saham biasa baharu dalam GTA, yang mewakili kira-kira 15.87 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan, bersama-sama dengan tawaran jualan 124,000,000 saham sdia ada, yang mewakili kira-kira 9.60 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 1,291,347,300 saham.
Ia terdiri daripada 329,000,000 juta saham, yang mewakili kira-kira 25.48 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan.
GTA menerbitkan 251,519,100 saham Imewakili kira-kira 19.48 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesarkan dengan 127,519,100 saham baharu dikhaskan kepada pelabur institusi dan terpilih; dan 124,000,000 saham sedia ada untuk kepada pelabur institusi dan terpilih.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Manakala 64,567,400 saham diperuntukkan untuk permohonan orang ramai Malaysia melalui undian, yang mana 32,283,700 saham diberi untuk pelabur Bumiputera dan 32,283,700 saham diketepikan untuk pelabur bukan Bumiputera; dan sebanyak 12,913,500 saham dikhaskan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak di bawah Peruntukan Borang Merah Jambu.
HLIB akan menaja jamin keseluruhan 77,480,900 saham IPO di bawah tawaran runcit, tertakluk kepada peruntukan clawback dan peruntukan semula yang dinyatakan dalam prospektus.
Baki saham di bawah tawaran institusi akan diletakkan kepada pelabur institusi dan pelabur terpilih.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional DailyGTA
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
