PERKASA bantah pilihan raya PBT, pertahan keputusan tidak ekstradisi Zakir Naik

KUALA LUMPUR – PERKASA membantah cadangan pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), khususnya di Pulau Pinang, selain menggesa kerajaan berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dalam menangani desakan supaya pendakwah Islam, Dr. Zakir Naik diusir dari Malaysia.

Yang Dipertua PERKASA Pulau Pinang, Ahmad Yakqub Nazri berkata, pilihan raya PBT berisiko menjadikan pentadbiran tempatan satu lagi gelanggang persaingan politik sehingga menjejaskan tumpuan terhadap kebajikan penduduk dan pembangunan seimbang.

Beliau membantah kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung yang membangkitkan cadangan berkenaan, sambil mempersoalkan keperluan memperluas persaingan politik ke peringkat pentadbiran tempatan.

Menurutnya, sebarang cadangan perubahan perlu diteliti dari sudut perundangan, kewangan dan kesan sosial, termasuk mengambil kira peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sementara itu, Naib Presiden PERKASA, Dr. Amini Amir Abdullah membidas gesaan Ronnie Liu Tian Khiew supaya kerajaan mengusir Dr. Zakir Naik, dengan menyifatkannya sebagai kenyataan provokatif yang boleh mencetuskan ketegangan antara agama.

Beliau menegaskan, status imigresen pendakwah itu perlu ditentukan berdasarkan undang-undang dan bukti, bukannya tekanan politik atau desakan pihak luar.

Dr. Amini turut mengingatkan, perbezaan pandangan agama tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menafikan hak seseorang menyampaikan pandangan keagamaan secara sah.

Mengulas keputusan kerajaan yang dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 3 November lalu untuk tidak mengekstradisi Dr. Zakir Naik ke India, beliau berkata, Malaysia perlu membuat keputusan berdasarkan kedaulatan dan kerangka perundangannya sendiri.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

PERKASA turut menggesa semua pemimpin politik supaya tidak mengeksploitasi sensitiviti kaum dan agama, sebaliknya menghormati hak setiap komuniti serta memastikan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang terus dipelihara.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *