KUALA LUMPUR – Sebuah balai cerap angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Neil Gehrels Swift Observatory memasuki semula atmosfera Bumi pada 4 November semalam, selepas hampir 22 tahun menjalankan misi penyelidikan di angkasa lepas.
Teleskop yang dilancarkan pada 20 November 2004 itu berperanan mengesan dan mengkaji letupan sinar gama (Gamma-Ray Burst), antara fenomena paling bertenaga di alam semesta.
Sepanjang tempoh operasinya, Swift berjaya mengesan lebih 2,000 letupan sinar gama, selain mengkaji supernova, galaksi aktif dan fenomena bintang yang dihancurkan oleh tarikan graviti lohong hitam.
Bagaimanapun, orbit teleskop seberat kira-kira 1.5 tan itu semakin menurun akibat rintangan atmosfera Bumi yang nipis.
NASA sebelum ini merancang misi menyelamat untuk menaikkan orbitnya, namun usaha berkenaan tidak diteruskan selepas kapal angkasa yang dirancang mengalami masalah teknikal.
Ketika memasuki semula atmosfera, sebahagian besar struktur Swift dijangka terbakar, walaupun beberapa komponen yang lebih padat mungkin terselamat dan sampai ke permukaan Bumi.
Menariknya, laluan kemasukan semula yang berpotensi berada antara latitud 20.6 darjah utara dan 20.6 darjah selatan, sekali gus merangkumi sebahagian Asia Tenggara. Namun, keadaan itu tidak bermakna serpihannya pasti jatuh di Malaysia.

Risiko serpihan mencederakan manusia di permukaan Bumi dilaporkan sangat rendah.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Walaupun misi Swift bakal berakhir, data saintifik yang dikumpulkannya sepanjang hampir dua dekad masih menjadi sumber penting kepada penyelidikan astronomi dan usaha manusia memahami rahsia alam semesta.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
