Oleh Fatin Sajidah Fathuldin
JOHOR BAHRU – Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Atillah Sani menegur tegas Nurul Hidayah Ahmad Zahid supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kritikan terhadap Perdana Menteri berhubung isu ucapan politik yang kini menjadi perdebatan.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak pernah menyebut Barisan Nasional (BN) tidak layak mentadbir Johor, sebaliknya hanya membangkitkan kebimbangan terhadap kemungkinan kelompok yang pernah terpalit dengan isu rasuah kembali menguasai negara.
Menurutnya, tafsiran terhadap sesuatu ucapan tidak wajar dibuat secara terpisah daripada konteks asal, apatah lagi hanya bersandarkan tajuk atau tangkap layar yang boleh mengelirukan maksud sebenar kenyataan.
“Kepada Nurul Zahid, lain kali sebelum marah, semak dulu fakta. Jangan baca tajuk, terus buat karangan,” katanya.
Beliau menambah, Perdana Menteri hanya menyuarakan kebimbangan terhadap kelompok yang mempunyai rekod rasuah, namun turut menegaskan kesediaan untuk menghormati mana-mana pasukan politik yang tampil lebih bersih dan berintegriti.
“PM langsung tak sebut BN tak layak memerintah Johor. Yang disebut ialah kebimbangan jika kelompok yang pernah terpalit dengan rasuah kembali menguasai negara. Kalau datang dengan pasukan yang lebih bersih, lebih baik, beliau sedia hormat,” jelasnya.
Atillah turut menegaskan bahawa kritikan tersebut bukan ditujukan kepada BN sebagai sebuah parti, sebaliknya kepada individu atau kelompok yang mempunyai rekod salah guna kuasa dan rasuah.
“Kritikan beliau bukan terhadap BN sebagai sebuah parti, tetapi terhadap kelompok yang mempunyai rekod rasuah dan mahu kembali menguasai negara,” ujarnya.
Beliau dalam masa sama menyelar tindakan pihak tertentu yang didakwa memetik kenyataan di luar konteks sehingga mencetuskan persepsi tidak tepat terhadap ucapan asal Perdana Menteri.
“Ironinya, mereka yang sering bercakap tentang politik matang dan fakta pula memilih untuk memetik tajuk yang dipotong daripada konteks sebenar,” katanya.
Menurut beliau, pendekatan politik yang bertanggungjawab perlu berasaskan fakta serta pemahaman menyeluruh terhadap sesuatu kenyataan, bukannya bergantung kepada tajuk sensasi yang boleh mengelirukan rakyat.
Fatin Sajidah Fathuldin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di Nasional Daily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L