Tegaskan Tulisan Bukan Bermotif Politik, Bangkit Kesedaran Dalaman Parti – Marina

Oleh Fatin Sajidah Fathuldin

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegaskan tulisannya mengenai pengalaman dalam politik bukan bertujuan menyerang mana-mana individu, sebaliknya mengajak semua pihak melakukan muhasabah demi menghormati kepercayaan rakyat.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, beliau sudah lama meluahkan rasa tidak selesa terhadap perkara disifatkannya tidak betul sepanjang berada dalam parti, malah pernah dinasihatkan supaya terus bertahan kerana parti memerlukan individu yang berpegang kepada prinsip.

β€œRamai orang lama dalam parti tahu berapa kali saya cakap saya penat melihat perkara yang saya rasa tidak betul. Nasihat mereka, ‘bertahanlah, mesti ada orang seperti awak dalam parti’,” ujar beliau.

πŸ“ž Heda: +6014-808 8897 | πŸ’¬ Iqi: +6010-924 2335

Menurut Marina, beliau tidak kisah sekiranya dikritik atau dituduh mempunyai agenda tertentu, namun meminta pihak yang berbeza pandangan menjawab persoalan yang dibangkitkannya tanpa memesongkan isu.

β€œSaya tidak peduli apabila orang kata saya tidak mengenang budi. Jawab dahulu persoalan yang saya bangkitkan, jangan pusingkan isu,” ujar beliau.

Beliau turut mendedahkan menerima sokongan secara peribadi daripada beberapa pemimpin dan ahli parti yang bersetuju dengan pandangannya, namun memilih untuk tidak bersuara secara terbuka.

Marina menjelaskan, beliau sengaja tidak menamakan mana-mana individu dalam tulisannya kerana berharap pihak yang terlibat dapat melakukan refleksi terhadap tindakan masing-masing tanpa perlu dipaksa.

πŸ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | πŸ’¬ WhatsApp Tempahan
πŸ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

β€œSaya mahu ada rasa malu dan muhasabah terhadap tindakan yang dilakukan. Semua ini kerana kepercayaan rakyat. Jangan sesekali mengambil mudah amanah yang diberikan rakyat” tegasnya.

Fatin Sajidah Fathuldin adalah pelajar Sarjana Muda Komunikasi Dengan Kepujian dari USIM yang sedang menjalani Latihan Industri di Nasional Daily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *